H
E
L
L
O
G
O
O
D
B
Y
E

Syukur Tuesday, May 31

Aku tak hot macam kau. Tak ada harta berlambak lambak macam kau. Tak ada benda yang boleh buat aku bangga macam kau. Tak lawa macam kau. Tak ada peminat lelaki berlambak lambak macam kau. Tak ada otak bergeliga macam kau.Tak ada rumah besar bertingkat tingkat macam kau. Aku bukan macam kau. Jauh beza macam langit dengan bumi. Aku pakai telefon bimibit harga RM300+ sahaja, pergi sekolah pakai beg bodyglove pink, pakai jam tangan harga RM10 yang aku beli dekat kedai dua ringgit, tak ada DSLR macam yang selalu aku idamkan, tak ada almost everything yang aku nak. Tapi aku syukur dengan hidup aku. At least aku tak merempat tepi jalan, tak meminta sedekah atas jambatan, tak perlu berhutang dengan siapa siapa untuk bagi aku makan,ada tempat untuk aku berlindung dari terik matahari dan hujan, Aku ada abah yang boleh bagi aku duit belanja tiap tiap hari, masih ada mama yang boleh masakkan aku lauk yang sedap sedap bila aku balik sekolah dan masih ada adik beradik even tak berapa nak rapat macam masa kitaorang kecik kecik. Syukur weh. Kalau dalam hati kau pernah terdetik rasa tak cukup itu ini, better kau muhasabah balik diri kau. Fikir balik yang sebenarnya hidup kita cukup bertuah kalau nak banding dengan orang lain di luar sana. Kadang kadang kita merungut itu ini, contoh macam bila dah ada DSLR sebijik, tapi bila keluar model baru merengek dekat mak ayah nak beli baru. Syukur. Harta benda tu nanti bila kita mati bukan boleh bawak masuk kubur pun, bukan boleh kita buat bangga pun.


Aku buat entry ni tak ada tuju dekat siapa siapa. Random. Untuk saling ingat mengingati.
Tuesday, May 31, 2011
All material © Ghost Dream 2011.
Powered by Blogger.
Home
Follow My Blog