Memang suka hati aku lah kan nak letak nama sendiri dekat tajuk kan kan?
Rasa macam ada something yang hilang. Rasa macam, taper lah tak jadi nak cakap. Yes, minggu ni dapat semua result exam hari tu. Dan Liyana tak dapat result yang bagus sebab salah sendiri malas nak belajar, suka berangan, banyak bercakap. Result aku tak gempak macam korang sebab aku bukan budak pandai macam korang semua. Ok dah stop cakap pasal exam exam ni. Sakit jiwa nanti.
So tadi kan, balik sekolah aku singgah rumah Hanis kejap nak amik novel. Balik tu Nafis baik hati hantarkan sampai petronas. Then kena lah balik ke tempat tunggu bas rapid tu sorang sorang. Sampai sampai sana tengok dah tak ada orang so maknanya memang bas dah tak ada sampai lepas solat jumaat lah kan. Aku nampak teksi aku terus tahan. Tawakal jelah kan kan naik teksi sorang sorang. Aku suruh pakcik driver tu hantar sampai depan rumah sebab duit tambang tak cukup. Masuk rumah mama membebel itu ini sebab aku naik sorang sorang. Heh, dah selamat sampai rumah kan aku diam ajelah.
Dan lagi, 25 hari bulan ni amik report card. Dan berita baiknya makayah aku tak boleh datang. Ouh bagusnya memang aku suka kalau dieorang tak datang. HAHA
Friday, June 17, 2011